Friday, December 28, 2018

PETANDA ANAK DEMAM CACING DAN PETUA ATASINYA.

"Mak..sejak seminggu ni anak cheq tak lalu makan la. Dah tu suka sangat meratah lauk dan makan benda merapu jer, paling susah hati bila badan makin susut. Yang geramnya suka sangat buat perangai, serba tak kena semuanya. Kenapa yer?"

"Demam cacing lah tu". Slumber jawab orang tua tu.




Kita yang memang takde pengalaman, memang terpinga2 jugak lah dengan info baru ni. Almaklumlah anak pertama katakan.

Masalah "demam cacing" ni sebenarnya amat sinonim dengan setiap anak. Kalau diikutkan pun memang setiap anak akan dibekalkan ubat cacing oleh nurse atau doktor yang membuat pemeriksaan secara berkala dari awal jelahiran hingga anak mencapai umur 6 tahun.


7 PETANDA ANAK ANDA DIJANGKITI DEMAM CACING

1) GATAL DI BAHAGIAN DUBUR

Anak yang dijangkiti demam cacing ini kebiasaanya akan berasa tidak selesa dan gatal pada bahagian dubur.

Jika ada ibu yang perasan terdapat anak yang menonggeng ketika tidur. Hal ini kerana, pada waktu malam kegatalan lebih terasa. Maka, dengan cara menongeng mereka akan berasa lebih selesa.



2. CIRIT BIRIT / NAJIS BERBAU BUSUK

Kebiasaannya anak yang dijangkiti demam cacing najisnya berbau amat busuk. Dan najisnya juga lebih cair (cirit birit).

3. KELETIHAN YANG LUAR BIASA

Anak2 yang terkena demam cacing wajahnya akan nampak lesu dan keletihan. Mereka juga kurang aktif dan akan terdapat lingkaran gelap bawah mata (mata ke dalam)


4. KERAP DEMAM SERTA DEMAM YG LAMBAT KEBAH

Bila anak terkena demam cacing, demam yang di alami sukar untuk kebah. Hal ini kerana,cacing yang berada di dalam tubuh telah menganggu serta menjejaskan sistem kekebalan tubuh. Jadi risiko anak dijangkiti penyakit seperti demam, batuk serta selsema sangat tinggi.



5. SELERA MAKAN BERTAMBAH NAMUN BERAT BADAN MENURUN

Ada sesetengah anak yang dijangkiti demam cacing selera makannya bertambah, walaubagaimanapun beratnya tidak menunjukkan perubahan atau semakin menyusut. Kanak2 yang terkena demam ini juga, lebih cenderung meratah lauk sahaja tanpa mengambil nasi atau sayur. Mereka juga lebih suka makanan ringan (junk food)

6. MENGALAMI SAKIT PERUT CIRIT SERTA MUNTAH

Pengambilan makanan yang tidak berkhasiat akan mengganggu sistem penghadaman anak. Maka anak akan mudah terkena cirit birit serta muntah2.


7. MENGETAP GIGI KETIKA TIDUR MALAM

Dikatakan juga, anak yang terkena demam cacing akan mengetap gigi (kancing gigi) ketika tidur. Mereka berkelakuan demikian akibat ketidakselesaan yang dialami.


TANDA-TANDA LAIN

Di samping itu, doktor menerangkan bahawa terdapat juga tanda lain seperti:

»  Hiperaktif
 » Sakit kepala
 » Sensitif terhadap cahaya
» Gusi dan hidung berdarah
» Wajah pucat
» Sembelit


1. MANDIKAN DENGAN AIR REBUSAN  POKOK JOLOK CACING

Rebus pokok jolok cacing bersama air. Perembunkan semalaman. Mandikan anak selama 3 pagi berturut2 sebelum matahari naik (7.30 - 8.00 pagi)



2. MANDIKAN DENGAN AIR REBUSAN DAUN SEMAMBU

Rebus daun semambu bersama air dan mandikan anak diawal pagi.



3. MENGAMBIL UBAT CACING

Menurut Perunding Kanak-kanak Hospital Pakar KPJ Kajang, Dr. Nor Mahani Harun, Ubat cacing boleh mula diberikan kepada bayi apabila mereka berumur 1 tahun setengah. Ia boleh diberikan setiap 6 bulan sekali dengan sukatan dos 200 miligram untuk bayi berusia bawah dua tahun, manakala 400 miligram untuk kanak-kanak berusia 2 tahun ke atas.



Lazimnya bila anak dijangkiti demam cacing , mereka suka buat perangai, mengamuk serta tantrum. Yang mana tingkahlaku ni akan mengundang rasa marah dalam diri kita sebagai Ibu.

Oleh yang demikian ibu2, bolehlah mencuba menggunakan balm CALM TIME dari Tasneem Naturel. Balm ini mampu cool down kan emosi anak agar lebih terkawal dan mudah diuruskan.

Selain itu untuk masalah sembelit,cirit dan kembung ibu2 boleh cuba menggunakan TRUB balm. Dalam balm tersebut ada Eo premium yang mampu atasi masalah tersebut pada anak2.



Moga perkongsian ini, sedikit sebanyak dapat membantu ibu2  untuk merawat anak yang sedang batuk serta selsema. Bagi ibu yang berminat untuk mencuba balm Tasneem Naturel boleh lah whatapps Yana di no 019-2809173 atau boleh juga klik link wasap dibawah.

http://www.wasap.my/60192809173/BlogAQ




Thursday, December 27, 2018

CARA MENGENALPASTI SEMBELIT PADA BAYI DAN LANGKAH UNTUK ATASINYA

Bila jadi seorang ibu ni, telinga kita akan selalu mendengar sharing samada dari rakan sekerja, rakan membawang, sedara atau sesiapa saja. Kadang-kadang sharing itu sebenarnya untuk tujuan meminta pandangan kita.

Macam kisah sorang sahabat Yana ni.
Ditanyakan soalan macamlah kita ni doktor pakar. Sedar niatnya adalah untuk meminta pandanga kita, maka Yana pun sharing dari sudut pengalaman sorang ibu lah.

"Yana..baby aku baru berusia 35 hari,tapi dah lebih  seminggu tak buang air besar. Baby fully BF,kerap kentut  perut pun lembut,bayi menyusu dan kencing semua ok,cuma dia tak berak jer, normal ke sembelit eh cam tu..??"


Menurut pembacaan Yana dan juga perkongsian dari nurse di Klinik Ibu dan Anak (KIA) kebiasaannya bila si anak dibawa berjumpa doktor,antara soalan yang diajukan oleh doktor kepada kita ibu-ibu adalah seperti :

1)Adakah bayi kerap muntah yang banyak setiap kali minum susu,ataupun tak minum?

2)Adakah perut bayi kembung atau buncit dari biasa?

3)Adakah bayi selalu kentut seperti kebiasaannya?

4)Adakah bayi kurang aktif,kurang menyusu atau kerap meragam dari biasa?

5)Berapa kali bayi membuang?Jika sekali bagaimana najisnya? Lembut dan banyak,atau keras dan sedikit?

Berdasarkan analisa jawapan tersebut doktor akan menilai tahap kesihatan bayi kita. Adakah bayi kita normal atau sebaliknya..??

Perlu juga sebagai ibu, untuk kita pantau najis anak-anak bila mereka membuang ,lihat pada tekstur dan warnanya.

WARNA, BENTUK NAJISBDAN TAHAP KESIHATAN USUS.


Yang merisaukan bila najis anak bewarna kelabu..itu menunjukkan anak anda ada masalah usus,hati dan hempedu..so seeloknya jumpa doktor.



Jika anak sembelit,momies diingatkan jangan bagi ubat sembelit secara direct pada anak2,dikhuatiri membahayakan anak. Seeloknya guna apa2 minyak atau balm yang tak panas contohnya T-RUB balm daripada Tasneem Naturel. Kandungan minyak pati tumbuhan seperti fennel dan lemongrass dapat membantu melancarkan proses pembuangan najis.

Disamping sapuan balm trub, momies digalakkan membuat urutan " I LOVE U" dan juga "SENAMAN KAYUHAN BASIKAL".




2 kaedah ini mampu melancarkan pergerakan najis dalam usus,maka anak akan lebih mudah membuang..

1 .1 TEKNIK URUTAN I LOVE U


1 .2 TEKNIK SENAMAN KAYUHAN BASIKAL



Jika langkah di atas sudah diambil, namun anak masih juga sembelit dan cirit. Momies boleh buat pemantauan terhadap pemakanan anak.



Moga perkongsian ini, sedikit sebanyak dapat membantu ibu2  untuk merawat anak yang sedang batuk serta selsema. Bagi ibu yang berminat untuk mencuba balm TRUB  boleh lah whatapps Yana di no 019-2809173 atau boleh juga klik link wasap dibawah.

http://www.wasap.my/60192809173/BlogAQ







Sunday, December 16, 2018

CARA DAN PETUA SELAMAT MERAWAT BATUK DAN SELSEMA BAYI

Batuk dan bayi adalah sinonim. Ada pakar mengatakan bunyi desir nafas umpama ada kahak

dalam kalangan bayi yang baru lahir adalah normal, kerana didalam tubuh mereka masih terdapat sisa2 lendir yang tidak dikeluarkan semasa mereka dilahirkan.


Sebab itu ada kes di mana nafas didada baby asyik berbunyi sejak dari lahir, bila dirujuk pakar, doktor mengatakan ia adalah normal. Namun apa2 jua keadaan perlulah dirujuk dengan yang pakar.

Ramai yang tak tahu batuk itu sebenarnya adalah satu cara atau makanisme untuk melonggarkan kahak. Dengan cara batuk, kahak-kahak yang sudah lama tersekat di dalam paru-paru akan dapat dikeluarkan. Sebab itu bila anak batuk, doktor akan memberi Nebulizer, tujuannya adalah untuk cairkan kahak.

Selain itu, untuk longgarkan kahak boleh juga amalkan tepuk percussion. Lakukan sekerap yang mungkin, sehingga bila kita tepuk, anak dah tidak batuk. Yang mana itu menunjukkan kahak sudah betul-betul keluar dari paru-paru.

Namun untuk melakukan tepuk percussion ini perlulah diikuti langkah-langkah yang betul agar tidak membahayakan nyawa bayi. Seeloknya untuk bayi hendaklah alaskan kain atas badannya sebelum membuat tepukan, ianya bertujuan mengelakkan bayi dari terasa sakit dan lebih selesa.

Sebelum lakukan tepukan, boleh juga disapukan dada anak dengan balm Cf rub dari tasneem naturel. Ianya bertujuan memudahkan proses pencairan kahak, kerana di dalam balm tersebut ada pati minyak kayu putih, lemon, frankinsence yang berfungsi untuk mencairkan kahak.

TEPUK PERCUSSION



Untuk info bersama virus batuk ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor antaranya:

1)Persekitaran yang tak bersih dan tercemar
2)Faktor cuaca yang tidak menentu( cuaca yang panas atau sejuk)
3)Alahan terhadap asap, debu, habuk dan bulu kucing yang mampu mengganggu sistem pernafasan bayi.

Terdapat sesetengah ibu bapa bila anak demam,batuk dan selsema mereka lebih selesa menggunakan cara tradisional berbanding moden.Namun bukan bererti mereka tidak percaya bidang perubatan moden. Cuma mereka lebih berhati2 kerana usia bayi yang masih terlalu kecil.

Antara kaedah yang boleh dicuba adalah menggunakan bahan semulajadi yang terdapat dirumah.

1) Limau nipis + kapur barus (kapur makan).
Caranya: Campurkan sedikit air perahan limau nipis dengan secubit kapur makan. Gaul sebati dan sapukan pada dada bayi.

2) Daun kaduk
Caranya: Campurkan daun kaduk bersama kapur dan sedikit air, dan ramaskannya. Kemudian, sapu di dada dan belakang bayi.

3) Mandian Lemon
Caranya : Letakkan beberapa hirisan lemon ke dalam bekas mandian bayi,dan biarkan bayi berendam di dalam bekas mandian tersebut. Bau lemon dipercayai dapat mengeringkan hingus bayi.


4) Bawang putih
Caranya :Bakar bawang putih, tumbuk dan campurkan sedikit minyak kelapa dara dan sapukan pada dada serta belakang dada bayi anda.

5) Kunyit hidup
Caranya : Tumbuk kunyit hidup,campurkan sedikit minyak kelapa dara serta sapu di bahagian hidung,ubun2 serta dahi bayi.

Namun dalam hal ini, perlu diingatkan juga walau apa jua petua atau tips yang diberikan, kita perlulah seharusnya fikir dan nilai adakah bersesuaian dan selamat untuk tahap umur anak kita.

Jika selamat boleh mencuba, Jika sebaliknya bolehlah jumpa yang pakar atau boleh cuba guna balm #CFRUB dari #Tasneemnaturel..Ianya 100% selamat untuk baby seawal newborn.

Moga perkongsian ini, sedikit sebanyak dapat membantu ibu2  untuk merawat anak yang sedang batuk serta selsema. Bagi ibu yang berminat untuk mencuba balm CF RUB boleh lah whatapps Yana di no 019-2809173 atau boleh juga klik link wasap dibawah.

http://www.wasap.my/60192809173/BlogAQ

TIPS DAN PETUA SEMULAJADI ANAK KECIL

BALM SEMULAJADI UNTUK ATASI MASALAH KEMBUNG, SEMBELIT DAN.CIRIT

T -RUB BALM PENYELESAIAN MASALAH BAYI KEMBUNG, SEMBELIT DAN CIRIT. Masalah kembung perut, sembelit dan cirit birit pada bayi akan menyeb...