Friday, January 25, 2019

BALM SEMULAJADI UNTUK ATASI MASALAH KEMBUNG, SEMBELIT DAN.CIRIT

T -RUB BALM PENYELESAIAN MASALAH BAYI KEMBUNG, SEMBELIT DAN CIRIT.


Masalah kembung perut, sembelit dan cirit birit pada bayi akan menyebabkan bayi sering mengamuk dan meragam akibat dari rasa tidak selesa yang di alami. 




Masalah masalah ini banyaknya berpunca dari pemakanan bayi atau anak itu sendiri iaitu melalui susu formula. Ada sesetengah bayi dan kanak kanak tidak sesuai untuk sesuatu Brand susu formula tersebut. Maka tindak balasnya mereka akan sembelit atau pun cirit.
Bagi kanak kanak berusia setahun ke atas pula, kemungkinan faktor pemakanan seperti kurang pengambilan makanan berserat  kurang minum air masak akan menyebabkan mereka mudah sembelit.


Sebagai ibu bapa sememangnya kita risau akan keadaan kesihatan anak kita, dan sebolehnya akan berusaha memberi rawatan penyelesaian terbaik.
Mungkin masih ramai dalam kalangan ibu bapa yang tidak sedar dan tahu akan khasiat Pati minyak tumbuhan (Essential oil) untuk masalah kesihatan seperti yang terdapat dalam balm T- RUB dari Tasneem Naturel ini.





Essensial Oil Premium Yang Terdapat Dalam T-Rub Balm


Fennel

Minyak pati Fennel yang terdapat dalam T-rub balm dapat membantu mencegah dan melegakan kembung perut.

Ianya juga merupakan antispasmodic berkesan, yang bertindak ke atas otot licin dalam perut dan usus, sekali gus mengurangkan kesakitan gastrik, dan ketidakselesaan yang berkaitan dengan senak, kembung perut, loya dan sendawa. 

Kebaikan Fennel Essential Oil: 


◎ Kurangkan spasm (kekejangan) otot
◎ Bantu kurangkan masalah sembelit
◎ Bantu buang angin
Meransang aktiviti tubuh badan
◎ Bantu kekalkan kesihatan perut
◎ Tingkatkan sistem imun
◎ Bantu kurangkan batuk
Kurangkan loya
◎ Bantu kurangkan muntah-muntah
◎ Hilangkan selulit
◎ Hilangkan perut kembung
◎ Tingkatkan metabolisma
◎ Kawal selera makan


Fennel oil



Lemongrass

Lemongrass atau lebih dikenali dengan serai merupakan tumbuhan popular yang sering digunakan dalam masakan. Aromanya yang wangi mampu menyedapkan lagi masakan disamping menjadikan masakan itu lebih berkhasiat.

Lemongrass merupakan anti septik alami dan juga anti inflamantory. Oleh itu, lemongrass juga merupakan bahan utama dalam T-RUB balm. Yang mana ianya berfungsi untuk meningkatkan fungsi sistem penghadaman, membantu mengurangkan masalah usus dan pencernaan, mencegah pembentukan gas berlebihan dalam usus. Disamping itu ianya juga dapat meningkatkan pembuangan air kecil dan  dapat mengeluarkan toksin dari badan.

Sifatnya yang wangi amat disukai dan selesa digunakan walaupun untuk baby newborn.

Kebaikan Lemongrass Essential Oil antaranya adalah :

◎ Halau serangga seperti nyamuk
◎ Lega sakit sendi dan otot
◎ Boleh naikkan mood
◎ Kurangkan sakit perut atau sakit kepala

Lemongrass oil


Anise

Anise atau Bunga lawang  adalah rempah yang  banyak digunakan di dalam masakan negara-negara Asia. 

Selain menyedapkan lagi masakan, bunga lawang juga memiliki khasiat untuk kesihatan. Ianya amat baik untuk mengatasi gangguan pencernaan dan memiliki fungsi diuretik atau dapat melancarkan saluran kencing. Selain itu digunakan juga untuk pengobatan tradisional di Asia, contohnya untuk sakit sendi. Teh dari bunga lawang juga bisa dijadikan obat batuk. Minyaknya juga boleh mengurangkan gejala mual-mual bagi ibu yang sedang mengandung.


Kebaikan Anise Essential Oil antaranya adalah :

◎ Kurangkan sakit pengecutan otot (rasa memulas).
◎ Buang angin
◎ Kurangkan kembung perut
◎ Lancarkan pernafasan
◎ Buang kahak
◎ Kurangkan resah & gelisah
◎ Kurangkan stress & marah
◎ Bantu tidur waktu malam
◎ Tingkatkan metabolism


Anise Oil

Juniper

Pada zaman Renaissance buah juniper telah dicadangkan sebagai ubat menentang gigitan ular dan wabak penyakit. Khasiat juniper adalah pada buahnya. Khasiatnya seperti merawat masalah gout, masalah kulit, sakit perut, dan pelbagai penyakit saluran urinari dan.buah pinggang.  Ianya amat berkesan dalam merawat masalah berkaitan salur urinari, hempedu, buah pinggang dan prostat.

Kandungan juniper dalam T-RUB bertindak untuk meningkatkan pengaliran cecair pencernaan , membaiki saluran pencernaan dan membuang angin dan merawat kekejangan perut (sembelit).

Kebaikan Juniper Essential Oil adalah seperti :-

◎ Bantu peredaran darah yang lebih baik
◎ Bantu redakan kekejangan
◎ Sebagai carminative agent yang membantu pengeluaran gas daripada usus besar.



Juniper Oil


Wild Mint

Juga dikenali dengan Mentha arvensis (Corn Mint, Wild Mint, Japanese Peppermint, Field Mint, Pudina). Wild mint ini banyak digunakan dalam kulinari dan manfaatnya untuk kesihatan sangat banyak.

Kebaikan Wild Mint Essential Oil adalah seperti :

◎ Bantu melegakan pernafasan
◎ Bantu memberikan keselesaan perut
◎ Bantu proses penghadaman

Wild mint oil


Patchouli

Pokok Nilam atau patchouli (Pogostemon cablin) adalah spesies tumbuhan daripada keluarga Lamiaceae, yang lazimnya dikenali sebagai "pudina". Tanaman ini tumbuh sebagai herba rimbun, dengan batang tegak mencapai ketinggian 75 sentimeter (2.5 kaki) dan mengeluarkan bunga pucat putih yang kecil dan kemerahan. Ia berasal dari rantau tropika Asia, dan kini ditanam secara meluas di China, Indonesia, Kemboja, Myanmar, India, Maldives, Malaysia, Mauritius, Seychelles, Madagascar, Taiwan, Philippines, Thailand, Vietnam, Amerika Selatan dan Caribbean.

Kebaikan Patchouli Essential Oil antaranya adalah :

◎ Naikkan mood secara semulajadi
◎ Bantu peredaran darah yang lancar
◎ Bantu keluarkan toksin daripada badan
◎ Boost anergy dan immune system


Patchouli Oil

Ginger

Ginger atau halia sering digunakan dalam masakan seperti sup, tomyam dan sebagainya. Walau bagaimanapun ada juga yang menjadikannya sebagai minuman, seperti teh halia. Khasiatnya yang dapat membuang angin menjadikannya bahan utama yang digunakan dalam pembiatan balm T- RUB

Kebaikan Ginger Essential Oil adalah :

◎ Bantu hilangkan pening kepala
◎ Bantu hilangkan rasa loya dan muntah-muntah
◎ Hilangkan rasa sakit perut dan masalah penghadaman
◎ Bantu buang angin dalam perut
◎ Tenangkan perasaan
◎ Buang rasa resah dan gelisah
◎ Bantu naikkan mood
◎ Kurangkan sakit senggugut semasa haid
◎ Legakan sakit-sakit sendi dan otot
◎ Lancarkan pernafasan
◎ Buang kahak dan lendir


Ginger Oil


Tangerine

Tangerin adalah buahan citrus(Citrus tangerina). Merupakan sejenis buah limau berwarna oren yang berkait hampir sama dengan limau mandarin (Citrus reticulata)

Walau bagaimanapun, tangerin lebih kecil dan kurang bulat berbanding buah oren biasa. Rasanya juga dianggap kurang masam, serta lebih manis dan kuat berbanding rasa isi oren.


Kebaikan Tangerine Essential Oil antaranya adalah :

◎ Bantu nyahtoksin daripada badan
◎ Bantu legakan masalah perut

◎ Bantu tingkatkan penghadaman


Bagi Ibu ibu yang buntu dengan masalah anak yang kerap kembung sembelit dan cirit. Boleh juga berikhtiar dengan balm semulajadi ini. Sesuai untuk semua peringkat umur.



Boleh dapatkan balm T-RUB dari pengedar balm atau boleh terus hubungi saya di

Whatapps







Shoppe


KHASIAT ESSENTIAL OIL UNTUK MERAWAT BATUK BERKAHAK DAN SELSEMA ANAK

KHASIAT ESSENTIAL OIL UNTUK MERAWAT BATUK BERKAHAK DAN SELSEMA ANAK


Normal la kan bayi demam, batuk dan selsema tu. Tapi kalau sebulan sampai 3,4 kali demam dan batuk mahu sakit kepala jugak ibu dan ayah. Mana tak nya, bos dah bising asyik ambil cuti ja.

Batuk pulak kalau sehari dua takpe la juga. Ini melarat berhari, kadang berminggu baru nak sihat. Ada yang cakap baby 2 tahun ke bawah tak digalakkan makan ubat oleh doktor. Tapi bila anak demam tak kebah2, batuk sampai sesak nafas terpaksa jugak la bagi makan ubat demi untuk kesihatan mereka.


Balm Cf rub atau Cough Flu Tasneem Naturel


Bila anak batuk atau selsema, ramai ibu bapa yang risau nak guna balm atau krim dipasaran kini, risau panas dan tidak sesuai dengan bayi mereka. Namun dengan Cf rub balm, ibu ayah tak perlu susah hati kerana balm ini 100% dari bahan semulajadi. Kandungannya juga adalah selamat digunakan dari peringkat bayi sehingga dewasa. Bahan-bahan dalam balm ini dirumus khas untuk membantu melegakan batuk dan selsema serta mencairkan kahak. Tidak hairanlah jika ramai yang beranggapan bahawa balm ini MAGIK dalam merawat masalah batuk dan selsema. Mari kita sama2 kenalpasti apa kelebihan dan khasiat yang ada dalam setiap bahan balm ini.


Frankinsence


Minyak frankinsence juga lebih dikenali sebagai Kemenyan Arab (Luban @ Tayibbat. EO Frankincense  diperolehi dari getah atau resin pokok Frankincense. Ianya mempunyai kandungan prebiotik yang tinggi dan amat bagus untuk meningkatkan paras antibodi anak dan bayi. Antara khasiat frankinsence dipercayai dapat membantu memecahkan kahak dalam saluran pernafasan dan paru paru.

Disebabkan itu tidak hairanlah bila disapukan balm ini pada bayi mereka akan muntah kahak dan berak keluar najis berlendir.

Frankincense


Lavender


Bunga lavender terkenal dengan aromanya yang wangi dan menenangkan.    Dengan khasiat yang ada padanya, ia dapat membantu anak lebih tenang dan  tido lebih nyenya walau badan berada dalam keadaan tak sihat serta batuk dan selsema.

Lavender 

Minyak Tea Tree.


Minyak tea tree  merupakan antibiotik terhebat dan merupakan minyak pertolongan cemas.

Tea tree

Minyak pati kayu putih (Eucalyptus)


Minyak kayu putih mempunyai sifat antiseptik dan antibakteria.

Minyak ini amat berkesan dalam merawat alahan dan resdung. Ianya juga dapat mencairkan kahak serta membantu merawat asthma dengan bertindak balas dengan membran mukus untuk mengurangkan pembebasan lendir.

Boleh dikatakan kebanyakkan minyak bayi atau minyak telon di Malaysia menggunakan minyak kayu putih sebagai bahan utama. Sifatnya yang berangin mampu membantu cairkan kahak dan hingus.

Walaubagaimanapun, penggunaan minyak ini dalam cf rub adalah sangat tipis bersesuaian dengan dos untuk bayi newborn.

Minyak kayu putih


Minyak pati orange (oren)


Minyak Orange diekstrak dari bahagian buah pokok Orange melalui proses penyulingan wap. Mempunyai sifat-sifat terapeutik dan amat berkesan ke atas sistem imun serta membantu dalam menghapuskan toksin dari badan.

Pati Oren

Lemon


Minyak pati lemon mempunyai vitamin c yang tinggi. Ia membantu mencairkan kahak dan memberi keselesaan pada bayi yang demam dan selsema.

Pati Lemon

Cypress


Minyak pati cypress amat berkesan untuk melawan jangkitan kuman, melancarkan sistem pernafasan dan membantu mengeluarkan racun dari tubuh.
Cypress


Fungsi serta khasiat setiap pati minyak didalam cf rub ini amat sesuai untuk mengurangkan batuk berkahak, selsema, asthma dan menurunkan suhu panas ketika demam.

Bagi Ibu ibu yang buntu dengan masalah demam batuk dan selsema anak yang tak kebah kebah. Boleh juga berikhtiar dengan balm semulajadi ini. Sesuai untuk semua peringkat umur.

Boleh dapatkan balm CF RUB dari pengedar balm atau boleh terus hubungi saya di

Whatapps







Shoppe















Monday, January 7, 2019

PETUA MUDAH TURUNKAN KUNING BAYI BARU LAHIR DI RUMAH

PETUA MUDAH TURUNKAN KUNING BAYI BARU LAHIR DI RUMAH


Hati ibu mana tak resah bila bayi yang baru dilahirkan disahkan   jaundice atau demam kuning. Pilu hati tengok bayi menangis tiap kali kena ambil darah.
Sabar ibu! Jangan panik dan gelabah,kerana ianya adalah normal.





Menurut Pakar Perundingan Kanak-kanak, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Madya Dr. Zulkifli Ismail, demam kuning atau jaundice adalah masalah biasa yang dialami oleh hampir 70% bayi yang baru lahir.

Jaundice terjadi apabila bilirubin berlebihan di dalam darah. Potensi anak mendapat jaundise adalah tinggi bagi ibu-ibu yang mempunyai darah kumpulan O.

Walaupun jaundice merupakan perkara normal, namun ianya perlu diberi perhatian. Perlu ada usaha sama ada secara moden mahupun tradisional untuk menurunkan bacaannya (Bacaan normal jaundis - 5mg/dL @ 85umol/l).

PETUA MUDAH TURUNKAN KUNING BAYI BARU LAHIR DI RUMAH


1) ANGGUR HITAM

Ambil anggur hitam. Ambil perahan airnya dan titiskan ke dalam mulut bayi. Insha allah membantu.

Ambil sedikit air perahan dan titiskan ke mulut bayi


2) TEBU HITAM

Ambil tebu hitam bakar seketika diatas api ( 5minit).Ketuk-ketuk tebu tersebut untuk mendapatkan perahan airnya. Titiskan air tebu tersebut ke dlm mulut bayi. Amalkan sehingga kuning bayi turun.

Titiskan air perahan ke dalam mulut bayi


3) POKOK HUJAN LEBAT

Rebus daun pokok hujan lebat bersama air sehingga mendidih. Tunggu sehingga air suam dan mandikan bayi anda beserta niat semoga kuning anak sembuh.

Mandikan bayi dengan air rebusannya


4) SENGKUANG CINA

Kupas kulit, kisar sehingga lumat. Tapis berulang-kali sehingga tiada sisa-sisa sengkuang. Titiskan air tersebut ke dalam mulut bayi. Sengkuang cina dipercayai membantu menyejukan badan bayi & mengurangkan kuning.

Jadikan jus. Tapis untuk ambil airnya dan bagi bayi minum


5) DAUN KUCAI DAN ASAM JAWA

Ambil segenggam asam jawa, ramas & tapis. Ambil secekak daun kucai, kisar hingga halus & tapis. Campurkan kedua bahan & tapis semula untuk kali terakhir supaya tiada sisa yang tinggal. Masukkan ke dalam besen mandian bayi bersama air suam. mandikan bayi dalam masa 20 minit, lebih baik badan bayi tenggelam agar mandian kucai dan asam jawa tadi dapat menyerap ke dalam badan bayi.

Mandikan bayi sehingga jaundise berkurangan


6) JEMUR BAYI DIBAWAH SINARAN MATAHARI PAGI

Letakkan bayi anda berdekatan pintu atau tingkap saat matahari mula terbit (7.00-8.00 a.m)  supaya terkena tempias cahaya matahari yang baru keluar. Jemur sekejap sahaja, lebih kurang 10 minit. Ingat ye, jemur pada awal pagi bukannya sewaktu matahari tengah panas terik.

Jemur waktu awal pagi


7. POKOK DUKUNG ANAK

Ambil secekak pokok daun dukung anak, rebus sehingga mendidih. Biarkan sehingga suam & mandikan bayi anda. Insya Allah kuning akan berkurangan.

Rebus dan mandikan anak

8. RAWATAN FOTOTERAPI

Rawatan fototerapi biasanya dimulakan apabila paras bilirubin mencecah tahap tinggi. Namun rawatan ini kebiasannya bergantung kepada umur bayi dan sama ada bayi cukup bulan ataupun pramatang.

Rawatan ini dilakukan oleh pihak hospital dimana bayi akan diletakkan di bawah lampu yang mempunyai jarak gelombang cahaya yang tertentu sama ada putih, biru muda, atau biru pekat, bergantung kepada keadaan bayi dan punca kuning terjadi.


Rawatan fototerapi


9. RAWATAN TUKAR DARAH

Rawatan ini dilakukan dalam situasi apabila paras bilirubin dalam darah terlalu tinggi dan tidak dapat diturunkan melalui rawatan fototerapi ataupun dalam keadaan klinikal tertentu.

Rawatan tukar darah


10. MENGGUNAKAN TRUB BALM

Sapukan Trub balm dari Tasneem Naturel pada tapak kaki serta perut bayi (urutan i love u) sekerap yang mungkin. Khasiat eo ginger, fennel lemongrass melawaskan pembuangan najis & air kencing anak. Bila anak kerap membuang jaundise anak akan berkurangan.

Balm 100% semulajadi

Testimoni Trub


Selain mengamalkan petua-petua ini, ibu juga perlu memberi perhatian kepada beberapa perkara :

1) SUSUKAN BAYI DENGAN KERAP

Jika kita perasan bayi yang terkena jaundice suka tidur dari berjaga.  Anda perlu kejutkan bayi sekerap yang mungkin untuk menyusukannya. Susu ibu adalah penawar terbaik untuk jaundis. Susukan bayi dengan kerap, dan yang paling penting, berikan susu ibu, bukan susu formula.

Susu ibu adalah penawar terbaik


2. JAUHKAN WARNA KUNING

Bagi kita mungkin tiada perkaitan, tapi bidan serta orang tua amat menitik beratkan hal ini. Mereka melarang dipakaikan pakaian berwarna kuning kepada bayi selagi bayi belum bebas kuning.

Walau apa pun kaedah rawatan yang dilakukan. Sebagai ibubapa kita perlu titik beratkan hal keselamatan. Jika tak berbahaya tak salah mencuba asalkan bayi comel kita kembali sihat.

Semoga tips yang saya kongsikan bermanfaat untuk semua ibu bapa. Sebarang pertanyaan dan pembelian berkaitan produk Tasneem Naturel boleh terus hubungi saya di link di bawah:


Sunday, January 6, 2019

PETUA MELEGAKAN BATUK MENGGUNAKAN BAHAN SEMULAJADI IKUT SARANAN PAKAR.

PETUA MELEGAKAN BATUK MENGGUNAKAN BAHAN SEMULAJADI IKUT SARANAN PAKAR.



Bila anak batuk atau selsema selain mendapatkan rawatan dari doktor, kita juga digalakkan berikhtiar menggunakan kaedah tradisional iaitu dari  bahan semulajadi.


Petua melegakan batuk menggunakan
Bahan semulajadi ikut saranan pakar

Sebagai ibu bapa akan timbul sedikit kerisauan, adakah petua tersebut sesuai dan selamat untuk anak kita.

Usah risau !! Sebenarnya tips merawat batuk dan selsema menggunakan bahan semulajadi amatlah disarankan oleh pakar perubatan terutamanya bagi bayi berumur setahun ke bawah. Kerana bayi pada umur ini bila batuk dan selsema, mereka tidak akan dibekalkan ubat oleh doktor.

Pengambilan ubat tidak.digalakkan untuk
bayi berumur 1 tahun ke bawah


Tak perlu nak ke hutan pun, guna bahan yang ada di dapur jer !! Mudah, selamat yang pasti BERKESAN. Jom tengok apa bahan2 ajaib tu.


PETUA MELEGAKAN BATUK  DAN SELSEMA ANAK MENGGUNAKAN BAHAN SEMULAJADI IKUT SARANAN PAKAR.


1.  SUP AYAM

Nampak menunya mudah kan?? Tapi tahukah kita bahawa sup ayam ini sebenarnya mampu mengurangkan jangkitan pernafasan seperti selesema kerana ia dapat memperlahankan pergerakan neutrofil dalam badan. Neutrofil adalah sejenis sel darah putih yang membantu melindungi badan anda. Lebih elok kalau menggunakan ayam kampung.

Kaedah rawatan :
> Tumiskan bawang putih dan merah, serai dan halia (lebihkan bawang putih)
> Renehkan  sup ayam atas api dengan dicampurkan sayur- sayuran segar dan berkhasiat. Makan sup ketika masih panas.

Sup Ayam 



2. AIR MASAK

Ramai doktor akan menggalakkan pengidap selsema dan batuk untuk  minum air masak yang secukupnya ketika selsema dan batuk.  Selesema dan batuk akan mengakibatkan badan kita kehilangan air. Air masak boleh menstabilkan kembali suhu badan anda.

Kaedah rawatan :
>Minum air masak yang secukupnya atau gantikannya dengan jus buah-buahan yang mengandungi vitamin c (oren, nenas, tembikai) . Sebolehnya elakkan pengambilan kafein (teh,milo,kopi,nescafe)

Kanak2 berumur 1 hingga 3 tahun perlu minum air masak 1.3 liter sehari

3. MADU LEBAH ATAU KELULUT

Madu bersifat antibakteria dan anti-mikrob. Madu juga merupakan makanan sunnah serta mampu mengubati banyak penyakit. Pengambilan madu mampu mencair dan mengeringkan kahak akibat batuk dan selesema. Walaubagaimanapun bayi berumur 1 tahun ke bawah tidak digalakkan mengambil madu.

Kaedah rawatan :
Masukkan sesudu teh
madu ke dalam segelas air suam dan minum.

Pelbagai khasiat madu lebah atau
 madu kelulut untuk kesihatan


4. DAUN SIREH

Ramai yang maklum bahawa daun sireh memiliki pelbagai khasiat. Ianya mengandungi minyak phenol  dan juga dipanggil sebagai chavicol. Ianya mampu bertindak sebagai antiseptik.

Kaedah rawatan:

> Ambil vicks atau balm yang tidak panas ( saranannya CF RUB dari tasneem Naturel).
>Lumur pada daun sireh. Tampalkan pada dada dan belakang dada anak.

Daun sireh disapukan vicks atau balm
dan disapukan pada dada anak

Penggunaan balm atau vick yang panas seharusnya dielakkan untuk bayi atau kanak2 kecil kerana risau akan membuatkan kulit melecur serta bayi berasa tidak selesa.

Namun untuk balm semulajadi dari Tasneem Naturel iaitu CF RUB . Kita tidak perlu risau kerana balm ini sifatnya wangi, tidak panas dan sangat sesuai digunakan untuk baby new born hingga dewasa.



Semoga tips yang saya kongsikan bermanfaat untuk semua ibu bapa. Sebarang pertanyaan dan pembelian berkaitan produk Tasneem Naturel boleh terus hubungi saya di link di bawah:









TIPS DAN PETUA SEMULAJADI ANAK KECIL

BALM SEMULAJADI UNTUK ATASI MASALAH KEMBUNG, SEMBELIT DAN.CIRIT

T -RUB BALM PENYELESAIAN MASALAH BAYI KEMBUNG, SEMBELIT DAN CIRIT. Masalah kembung perut, sembelit dan cirit birit pada bayi akan menyeb...