PETUA MELEGAKAN BATUK MENGGUNAKAN BAHAN SEMULAJADI IKUT SARANAN PAKAR.
Bila anak batuk atau selsema selain mendapatkan rawatan dari doktor, kita juga digalakkan berikhtiar menggunakan kaedah tradisional iaitu dari bahan semulajadi.
![]() |
Petua melegakan batuk menggunakan Bahan semulajadi ikut saranan pakar |
Usah risau !! Sebenarnya tips merawat batuk dan selsema menggunakan bahan semulajadi amatlah disarankan oleh pakar perubatan terutamanya bagi bayi berumur setahun ke bawah. Kerana bayi pada umur ini bila batuk dan selsema, mereka tidak akan dibekalkan ubat oleh doktor.
![]() |
Pengambilan ubat tidak.digalakkan untuk bayi berumur 1 tahun ke bawah |
Tak perlu nak ke hutan pun, guna bahan yang ada di dapur jer !! Mudah, selamat yang pasti BERKESAN. Jom tengok apa bahan2 ajaib tu.
PETUA MELEGAKAN BATUK DAN SELSEMA ANAK MENGGUNAKAN BAHAN SEMULAJADI IKUT SARANAN PAKAR.
1. SUP AYAM
Nampak menunya mudah kan?? Tapi tahukah kita bahawa sup ayam ini sebenarnya mampu mengurangkan jangkitan pernafasan seperti selesema kerana ia dapat memperlahankan pergerakan neutrofil dalam badan. Neutrofil adalah sejenis sel darah putih yang membantu melindungi badan anda. Lebih elok kalau menggunakan ayam kampung.
Kaedah rawatan :
> Tumiskan bawang putih dan merah, serai dan halia (lebihkan bawang putih)
> Renehkan sup ayam atas api dengan dicampurkan sayur- sayuran segar dan berkhasiat. Makan sup ketika masih panas.
![]() |
Sup Ayam |
2. AIR MASAK
Ramai doktor akan menggalakkan pengidap selsema dan batuk untuk minum air masak yang secukupnya ketika selsema dan batuk. Selesema dan batuk akan mengakibatkan badan kita kehilangan air. Air masak boleh menstabilkan kembali suhu badan anda.
Kaedah rawatan :
>Minum air masak yang secukupnya atau gantikannya dengan jus buah-buahan yang mengandungi vitamin c (oren, nenas, tembikai) . Sebolehnya elakkan pengambilan kafein (teh,milo,kopi,nescafe)
![]() |
Kanak2 berumur 1 hingga 3 tahun perlu minum air masak 1.3 liter sehari |
3. MADU LEBAH ATAU KELULUT
Madu bersifat antibakteria dan anti-mikrob. Madu juga merupakan makanan sunnah serta mampu mengubati banyak penyakit. Pengambilan madu mampu mencair dan mengeringkan kahak akibat batuk dan selesema. Walaubagaimanapun bayi berumur 1 tahun ke bawah tidak digalakkan mengambil madu.
Kaedah rawatan :
Masukkan sesudu teh
madu ke dalam segelas air suam dan minum.
![]() |
Pelbagai khasiat madu lebah atau madu kelulut untuk kesihatan |
4. DAUN SIREH
Ramai yang maklum bahawa daun sireh memiliki pelbagai khasiat. Ianya mengandungi minyak phenol dan juga dipanggil sebagai chavicol. Ianya mampu bertindak sebagai antiseptik.
Kaedah rawatan:
> Ambil vicks atau balm yang tidak panas ( saranannya CF RUB dari tasneem Naturel).
>Lumur pada daun sireh. Tampalkan pada dada dan belakang dada anak.
![]() |
Daun sireh disapukan vicks atau balm dan disapukan pada dada anak |
Namun untuk balm semulajadi dari Tasneem Naturel iaitu CF RUB . Kita tidak perlu risau kerana balm ini sifatnya wangi, tidak panas dan sangat sesuai digunakan untuk baby new born hingga dewasa.
Semoga tips yang saya kongsikan bermanfaat untuk semua ibu bapa. Sebarang pertanyaan dan pembelian berkaitan produk Tasneem Naturel boleh terus hubungi saya di link di bawah:

youtube : r/sportsbetting - Videoodl.cc
ReplyDeleteyoutube : r/sportsbetting - Videoodl.cc. youtube 【 YouTube Videos 】http://www.youtube.com 【 YouTube Videos 】https://www.youtube.com 【 YouTube youtube to mp3 Videos 】