"Demam cacing lah tu". Slumber jawab orang tua tu.
Kita yang memang takde pengalaman, memang terpinga2 jugak lah dengan info baru ni. Almaklumlah anak pertama katakan.
Masalah "demam cacing" ni sebenarnya amat sinonim dengan setiap anak. Kalau diikutkan pun memang setiap anak akan dibekalkan ubat cacing oleh nurse atau doktor yang membuat pemeriksaan secara berkala dari awal jelahiran hingga anak mencapai umur 6 tahun.
7 PETANDA ANAK ANDA DIJANGKITI DEMAM CACING
1) GATAL DI BAHAGIAN DUBUR
Anak yang dijangkiti demam cacing ini kebiasaanya akan berasa tidak selesa dan gatal pada bahagian dubur.
Jika ada ibu yang perasan terdapat anak yang menonggeng ketika tidur. Hal ini kerana, pada waktu malam kegatalan lebih terasa. Maka, dengan cara menongeng mereka akan berasa lebih selesa.
2. CIRIT BIRIT / NAJIS BERBAU BUSUK
Kebiasaannya anak yang dijangkiti demam cacing najisnya berbau amat busuk. Dan najisnya juga lebih cair (cirit birit).
3. KELETIHAN YANG LUAR BIASA
Anak2 yang terkena demam cacing wajahnya akan nampak lesu dan keletihan. Mereka juga kurang aktif dan akan terdapat lingkaran gelap bawah mata (mata ke dalam)
4. KERAP DEMAM SERTA DEMAM YG LAMBAT KEBAH
Bila anak terkena demam cacing, demam yang di alami sukar untuk kebah. Hal ini kerana,cacing yang berada di dalam tubuh telah menganggu serta menjejaskan sistem kekebalan tubuh. Jadi risiko anak dijangkiti penyakit seperti demam, batuk serta selsema sangat tinggi.
5. SELERA MAKAN BERTAMBAH NAMUN BERAT BADAN MENURUN
Ada sesetengah anak yang dijangkiti demam cacing selera makannya bertambah, walaubagaimanapun beratnya tidak menunjukkan perubahan atau semakin menyusut. Kanak2 yang terkena demam ini juga, lebih cenderung meratah lauk sahaja tanpa mengambil nasi atau sayur. Mereka juga lebih suka makanan ringan (junk food)
6. MENGALAMI SAKIT PERUT CIRIT SERTA MUNTAH
Pengambilan makanan yang tidak berkhasiat akan mengganggu sistem penghadaman anak. Maka anak akan mudah terkena cirit birit serta muntah2.
7. MENGETAP GIGI KETIKA TIDUR MALAM
Dikatakan juga, anak yang terkena demam cacing akan mengetap gigi (kancing gigi) ketika tidur. Mereka berkelakuan demikian akibat ketidakselesaan yang dialami.
TANDA-TANDA LAIN
Di samping itu, doktor menerangkan bahawa terdapat juga tanda lain seperti:
» Hiperaktif
» Sakit kepala
» Sensitif terhadap cahaya
» Gusi dan hidung berdarah
» Wajah pucat
» Sembelit
1. MANDIKAN DENGAN AIR REBUSAN POKOK JOLOK CACING
Rebus pokok jolok cacing bersama air. Perembunkan semalaman. Mandikan anak selama 3 pagi berturut2 sebelum matahari naik (7.30 - 8.00 pagi)
2. MANDIKAN DENGAN AIR REBUSAN DAUN SEMAMBU
Rebus daun semambu bersama air dan mandikan anak diawal pagi.
3. MENGAMBIL UBAT CACING
Menurut Perunding Kanak-kanak Hospital Pakar KPJ Kajang, Dr. Nor Mahani Harun, Ubat cacing boleh mula diberikan kepada bayi apabila mereka berumur 1 tahun setengah. Ia boleh diberikan setiap 6 bulan sekali dengan sukatan dos 200 miligram untuk bayi berusia bawah dua tahun, manakala 400 miligram untuk kanak-kanak berusia 2 tahun ke atas.
Lazimnya bila anak dijangkiti demam cacing , mereka suka buat perangai, mengamuk serta tantrum. Yang mana tingkahlaku ni akan mengundang rasa marah dalam diri kita sebagai Ibu.
Oleh yang demikian ibu2, bolehlah mencuba menggunakan balm CALM TIME dari Tasneem Naturel. Balm ini mampu cool down kan emosi anak agar lebih terkawal dan mudah diuruskan.
Selain itu untuk masalah sembelit,cirit dan kembung ibu2 boleh cuba menggunakan TRUB balm. Dalam balm tersebut ada Eo premium yang mampu atasi masalah tersebut pada anak2.
http://www.wasap.my/60192809173/BlogAQ
hi.Kalau anak demam,boleh ke bagi ubat cacing?Sebab nampam mcm demam cacing..Makan tak lalu..Badan suam2..
ReplyDeleteIbu saya kata xboleh bagi lg masa anak demam ..anak akn jd semakin letih...bagi mkn slps read demam nya
DeleteMakanan apa yang ank blh mkn bila demam ccing ni..sbb bg mkn nsi asyik muntah....
ReplyDeleteAssalamualaikum kalau bg lg ubat cacing boleh ke.. Sbb dlm masa 6bulan ni pernah bg dh..
ReplyDeleteAnak 1 thn 3bln blh x mkn ubat cacing
ReplyDeleteAnak 9bln blh x bgi ubat cacing... Ada siptom2 cacing..
ReplyDelete